Baru baru ni, sempat pergi melawat kakak ipar dekat Hospital Putrajaya. Baru lepas buat pembedahan untuk buang barah pada rahim. Doktor taknak putuskan jenis barah yang kena pada kakak ipar. Tapi bila aku cuba tanya dengan doktor yang bertugas, dia kata Endometriosis. Barah ni menyebabkan kilang telur pada rahim tersumbat dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat sewaktu datang haid. Doktor bagitau barah ni dah lama ada cuma tak sedar. Jadi terpaksa dibuang keseluruhan rahim. Bila dengar sahaja statement dari doktor ni, kaka ipar aku jadi sedih. Mana taknya, hilang segala mahkota bagi seseorang wanita. Apa yang termampu, cuma semangat dan dorongan sahaja yang mampu diberikan. Abang aku cuma redha dengan segala takdir yang datang. Mujurla dah ada 6 orang. Tak rasa sedih sangat-sangat. Cuba bayangkan yang keluar dalam surat khabar, umur 21 tahun, rahim dah kena buang semua. Itu lagi rasa terlalu sedih.
Aku sempat ambil gambar rupa barah tu. Tapi tak berapa terang dan jelas sebab benda tu dekat dalam balang dan ada air. Jadi dapat ambil gambar biasa-biasa jer la. Itupun guna camera handphone. Ini jer la yang termampu. Dah dapat permission dari abang aku untuk upload gambar ni kat sini.
Aku tak sempat nak sembang dengan dia pasal pad herba ni. Kalaulah aku buat benda ni dari awal, mungkin aku boleh tolong kakak ipar aku ni selamatkan rahim dia. Mungkin semua ni adalah takdir dari Allah S.W.T, aku akan jadikan peristiwa ini sebagai pedoman dan dorongan aku untuk membantu rakan-rakan dan orang ramai di luar sana.




