Kaitan Fibroid dengan wanita….


Sekarang ni macam-macam istilah sains dalam kesihatan yang memang kita tak pernah kita ambil tahu sejak dulu sedangkan media-media massa sibuk menyebarkan maklumat ini kepada pengetahuan umum. Kebetulan semalam, saya ada terbaca satu artikel di dalam surat khabar pasal satu jenis penyakit ini iaitu FIBROID. Tak puas hati lagi, saya bukak pula Youtube dan cari tajuk ini. Masyaallah, takut jugak bila tengok pembedahan yang dibuat hanya untk mengeluarkan ketumbuhan ni jer, sampai sebesar budak pun ada. Takut + ngeri punyer pasal, saya terus tutup komputer. Saya cari artikel lain dengan gunakan perkhidmatan pakcik Google. Banyak juga artikel yang saya dapat. Majoriti artikel semuanya dalam Bahasa Inggeris. Jadi, kali ni nak kongsi artikel ni dengan korang dalam Bahasa Melayu pulak. hahahahaha. Saya bukannya doktor tau. Cuma suka sharing dengan orang lain hanya melalui blog saya ni jer. huhuhu….🙂

Apa itu Fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser yang berlaku pada dinding rahim iaitu di atas atau di dalam Uterus. Di bawah ni saya tunjukkan sedikit gambar tentang fibroid ni. Kalau anda ada lemah jantung, anda dinasihatkan agar makan dulu ubat yang letak kat bawah lidah. Kepada yang mabuk darah tu, anda dinasihatkan agar sediakan dulu limau purut di tangan anda, senang sambil tengok gambar, sambil cium bau limau. Hehehehehe….sempat bergurau pulak……

Nah…….

Besar mana la fibroid ni....Boleh main bola kot....

Yang ini baru lepas bedah dan berjaya keluarkan fibroid ni...

Ada lagi gambar yang saya nak tunjukkan tapi saya pun tak berani sebab ngeri nak tengok. Kalau anda yang sebelum ni tak tahu apa itu fibroid, inilah dia rupanya. Ketumbuhan yang ada didalam badan wanita tanpa disedari. Sebut pasal fibroid, arwah ibu saya dulu pernah juga ada penyakit ni dan sampai kena bedah untuk buang. Masa tu saya kecik lagi. Hujung minggu ikut bapa pergi Hospital Teluk Intan untuk ziarah mak kat wad. Tapi alhamdulillah, pembedahan tu berjaya. Cuma kos untuk pembedahan tu yang tak mampu nak bayar. Almaklumlah, pendapatan rendah. Ada satu artikel yang saya baca di dalam internet, fibroid ni boleh menyebabkan kemandulan kepada kaum wanita. Mungkin juga yer…. Dibawah ni saya tunjukkan gambar peringkat-peringkat terjadinya fibroid untuk rujukan dan renungan bersama.

Boleh tersumbat rupanya....

Kesan-kesan Fibroid?

Bila kita sebut saja pasal penyakit, mesti akan ada kesan-kesan kepada si pesakit. Jadi, kesan-kesan fibroid ni macam kat bawah ni la:

  1. Menyebabkan gangguan kepada pundi kencing
  2. Rahim wanita akan turun (Prolaps)
  3. Kekurangan darah (Anemia)
  4. Ketidaksuburan
  5. Gangguan haid

Mungkin sekarang ni kita rasa badan kita ni sihat, tapi kita tidak sedar yang benda ni mungkin ada di dalam badan kita. Kalau yang sedar awal, alhamdulillah tindakan anda adalah bijak sebab anda sayangkan diri anda.

Nanti saya sambung lagi kalau ada artikel menarik yang lain.

Salam Rindu Di Angin Lalu

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Pakej and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s