Ada rakan saya tak percaya dan kata Mahal!!!!!!!


Ini hari saya nak berkongsi dialog antara suami saya dengan rakan sekolah lama dia semalam. Semalam, kebetulan suami saya berjalan-jalan di sekitar Alamanda untuk beli barang. Sambil menyelam minum air, survey sekali market di kawasan Alamanda. Malas nak tulis panjang lebar. Jom kita tengok ayat sembang diorang semalam. Maaf, ayat tak berapa nak betul. Al maklumlah, guna bahasa pasar. Kalau ayat baku kang, tentu korang susah nak baca kan…kan…kan…🙂 Kalau ada typing error, harap dimaafkan. Taip lelaku memang macam tuh. hehehe

* Nama dan watak di dalam skript ni tidak ada kena mengena pada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada, ini hanyalah satu kebetulan sahaja. hihihihih… Kasi Intro jap…🙂

Di hadapan Pasaraya Mydin Putrajaya…..

Sobri (bukan nama sebenar) baru keluar dari Carefour Alamanda Putrajaya lepas beli ayam 2 ekor dan juga susu untuk anak. Tiba-tiba terserempak dengan Nuar, kawan sekolah masa di Sungkai.

Nuar: “Weh Sob, pekabo ko? Sibuk nampak? Beli apa banyak2 nih?

Sobri: “ Aku sihat jer macam biasa. Tak banyak sangat la beli barang. Beli ayam dengan susu anak skit.

Nuar: “ Ko keje mana skang nih?

Sobri: “Aku keje kat toooooootttttttt.(tiba-tiba sound rosak plak. Jadi suara tak berapa jelas)

Nuar: “OOOOOOO ok la tuh. Ko buat apa lepas nih. Balik terus rumah ker. Lepak la dulu sembang dengan aku. Lama tak jumpa ko. Kita duduk kat bawak pokok buluh tuh.”

Sobri: “ Aku ok jer. Tengok masa skang nih, sempat lagi”

Nuar: “ Apa benda dalam bungkusan satu lagi tu. Pelik jer aku tengok.”

Sobri: “OOOOOOO….ko tak pernah tengok ker benda nih. Aku baru jumpa benda nih kat Puchong bulan lepas.”

Nuar: “Tak pernah tengok la plak. Tapi lain macam jer rupenyer. Cuba aku tengok jap.”

Sobri: “Boleh(sambil bukak satu bungkus PAD HERBA Pantiliner).

Nuar: “Laaaaaa….Apa yang ko buat dengan barang pompuan nih. Ko bisnes ker?”

Sobri: “Yup. Aku buat bisnes. Kebetulan aku beli barang, saja jer survey kawasan nih. Mana la tau ada rezeki. Cuba2 jer tempat baru.”

Nuar: “Buang tebiat ker ape ko nih. Jual Pad pompuan kat orang. Ko tak rasa malu ker?

Sobri: “Nak malu ape kebendenyer. Pad herba. Baik untuk kesihatan orang pompuan gak. Sambil jual, sambil beramal. Pahala dapat, rezeki pun masuk juga.

Nuar: “Aku bukan la nak memperkecilkan bisnes ko nih. Cuba la cari bisnes lain yang boleh mendatangkan income besar skit. Ni bisnes jual PAD. Geli aku.”

Sobri: “ Tu la yang aku suka. Orang lain tak buat, aku jer yang buat. AKu tak kisah jual pad kat orang. Janji rezeki. Aku bukan paksa orang beli. Pad yang aku supplykan ni memang keperluan harian. Hari2 orang pompuan mesti pakai benda nih. Kalau tak pakai, jadi masalah pada orang pompuan. Lagi pun murah. Cuma RM10 untuk Pantiliner, RM11 untuk Day use dan RM12 untuk Night Use.

Nuar: “Murah kata ko. Mahal la. Kalau RM10 cuma isi ada 20 keping, baik beli kat Watson jer. Pantiliner baru RM7.80 ada 40 keping. Sebulan lebih boleh pakai.

Sobri: “Ko bezakan dengan pad yang dibuat dari sampah, memang la mahal. Kalau aku jual pad ni yang buat dari sampah jugak dan letak harga RM10, nak kena panah petir la aku lepas nih. hehehehehe. Tapi sekarang ni pad ni 100% kapas. Siap letak 17 jenis herba lagi. Kalau yang ada kat pasaran tu, pad yang diorang pakai cuma mampu tampung jer untuk elak dari bocor, yang ada pada aku bukan setakat tampung malah memberi rawatan sampingan lagi.

Nuar: “Auta jer ko nih. Apa daaaaa rawatan sampingan yang pad ko ni boleh bagi?”

Sobri: “Kalau orang ada problem dengan datang bulan macam period tak betul, selalu kembung perut, sakit pinggang boleh la pakai. Kompom tak menyesal sebab dia akan betulkan balik period orang pompuan, buang angin dan sedut segala darah beku yang tak habis keluar masa period tu. Kadang2 orang pompuan time period keluar  darah sikit. Ni yang bahaya sebab darah kotor tu tersimpan di dalam rahim. Ni la puncanya datangnya penyakit barah rahim, Fibroid, kemandulan, kanser ovari dan macam2 lagi. Satu sebabnya adalah kita bagi isteri kita pakai benda yang asalnya kotor tapi dicuci menggunakan bahan kimia yang terlalu kuat untuk membasmi kuman pada kertas recycle ni. Kemudian adik beradik pompuan kita atau kakak kita atau mak kita beli dan pakai balik. Tak mustahil suatu hari nanti, penyaki-penyakit macam ni datang menyerang keluarga kita especially isteri kita sendiri.”

Nuar: “Ko ni bercakap mengalahkan doktor sakit puan la plak?”

Sobri: “Aku bercakap ni bukan atas dasar promosi tetapi berdasarkan kepada pengalaman dan ceramh-ceramah yang dah aku pergi sebelum nih. Zaman sekarang nih, macam2 penyakit pelik ada. Zaman mak dan nenek kita dulu mana ada penyakit2 pelik macam ni. Sebabnya diorang jaga mahkota diorang yang Allah anugerahkan dengan baik. Time datang bulan, diorang pakai kain batik, dikoyakkan kecil. Kalau yang paling advance pun, guna tuala good morning. Pasal itu, boleh hidup sampai 100 tahun lebih. Zaman sekarang nih, kita hentam semacam jer. Sumer makan dan pakai tanpa fikir panjang. Minggu lepas baru ziarah kakak ipar aku kat Hospital Putrajaya, baru lepas bedah buang barah rahim. Buang semua plak tu. Tak sayang ker kalau isteri kita kena macam tu. Tu nasib baik dah ada anak 5 orang. Kalau anak dara dah kena macam tu, apa akan jadi pada dia nanti.? Ni cuma sharing jer, aku tak marah pun cuma berkongsi cerita dan pengalaman aku pada ko jer. ”

Nuar: “Aku tak kisah pun sob. Ikut ko la nak jual ape pun. Tapi wat masa sekarang nih, wife aku pakai pad yang beli kat watson, ok jer. takder masalah aper pun.”

Sobri: “Memang la ok. Sebab simptom dia tak tunjuk sekarang. Ko tunggu la nanti bila dah cecah umur 40-an nanti, bila wife ko dah ada kena barah payu dara ker, menopous awal ker atau lain-lain, waktu tu mesti ko teringat aku. Bila ko cari aku masa tu, aku tak bleh buat apa dah sebab dah lambat. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.”

Nuar: “ Ok la. takper la Sob. Aku rasa buat masa sekarang nih, biar aku cerita pada wife aku dulu.”

Sobri: “Jangan salah faham plak nuar. Aku tak paksa ko beli Pad Herba nih. Cuma sharing dengan ko jer sebab ko yang tanya aku dulu tadi. So aku cerita la apa yang aku tau jer. Terpulang la pada ko. Dalam berniaga, tak boleh nak paksa2.

Nuar: “Ok la Sob. Seronok jumpa ko sebab kena ceramah.”(dengan nada perli)

Sobri: “Hehehehehe. Doakan aku supaya suatu hari nanti, aku jadi pakar sakit puan. Kalau wife atau anak2 ko ada masalah sakit puan, datang la jumpa aku.”(nada perli balik tapi bukan balas dendam. Cuma berseloroh)

Nuar: “ hahahahahahahahahaha…Akan aku doakan orang kampung aku nih. hahahahaha”. (berjalan keluar sambil gelak besar)

Sobri: “Jangan lupa kirim salam kat wife ko yer. Assalamualaikum.”

Nuar: “Insyaallah…waalaikumussalam”.

Begitulah kesudahan cerita yang husband saya kongsikan semalam selepas pulang dari membeli barang dapur. Tergelak juga saya bile suami saya ceritakan balik benda nih. hehehehehe🙂

Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL………🙂

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s