Kebakaran di belakang rumah


Jangan terkejut dengan tajuk post saya kali ini. Sebenarnya bukan rumah saya yang terbakar tapi Suami saya yang membakar. Nak tau bakar aper?…..hehehehe. Nak citer la nih…

Semalam balik dari keje, my husband tanya, maner perginya pantiliner yang dah beli bandle tempoh hari. Saya cakap ada dalam almari. Tanpa bertanya panjang, terus husband saya masuk bilik dan buka almari. Dia bawak keluar semua pantiliner dan pad yang ada dan dibawak ke belakang rumah.

“Nak buat apa tu bang.” tanya saya. Suami saya diam membisu. Saya ikut sahaja ke belkang rumah. Rupa-rupanya dibuang kesemua pad dan pantiliner tadi di tempat bakar sampah. Suami saya cakap, dia nak bakar semua pad dan pantiliner yang ada. Geram sebab hari-hari kita asyik digula-gulakan oleh iklan yang mengaburi mata kita. Nak melakukan produk tuala wanita sampai dalam iklan pun letak buah tembikai kat punggung(sapa yang pernah tengok iklan Adibah Noor mesti tau):). Jadi husband saya ambil mancis api dan terus bakar semua pad dan panti yang ada. Saya jadi pelik, sepatutnya saya la yang rasa benci sesangat sebab saya yang pakai. Ini tak, terbalik. Husband saya pulak yang melebih-lebih. hahahahaha:)

Mungkin ini tandanya “SUAMI SAYANGKAN ISTERI”. Pasal tu yang buat macam tu. Jadi lepas ni bleh la suami saya yang belikan pantiliner dan pad. hehehehe….

Untuk pengetahuan anda, kalau ada dikalangan rakan-rakan yang dah bertukar kepada penggunaan pad herba, panti atau pad yang lama tu janganlah dibakar macam mana suami saya lakukan. Kalau boleh sedekahkan sahaja kepada adik beradik pompuan yang lain. Tapi kalau rasa tahap kebencian tu dah memuncak, terpulang kepada anda agar nak ikut jejak langkah saya ataupun buat cara lain. Kalau nak cuba berniaga, cuba la iklankan kat dalam Mudah.my. letakkan iklan bertajuk “Tuala Wanita baikkkkk punyer untuk dijual.” Agak2 ada tak orang yang nak beli.🙂 Kalau saya suggestkan suami saya jual kat Mudah.my, lagi bagus kan. Dapat balik duit.

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s