Cium Pantiliner terus terpikat…..huhuhuhuh


Salam rakan2 semua….kalau anda bukan rakan saya, saya anggap anda rakan saya juga sebab anda buka blog saya nih….hihihihih🙂

Hari ini nak berkongsi cerita pelik dengan kengkawan. Semalam semasa menghadiri kelas di Puchong, ada perkongsian produk oleh seorang pengguna Pad Herba Wanita. Anda baca la celoteh saya ni sampai habis tau. Lepas tu, anda tinggalkan komen…….🙂

Ceritanya begini, Ada sorang akak ni, dia selalu bersin-bersin lepas jer bangun tido. Kemungkinan besar, resdung. Tahap kebersinan dia adalah pada tahap kronikal sampai mata jadi merah, dan hidung dia jadi kembang. Kalau time keje terpaksa bawak tuala sebab nak lap hingus yang keluar. Dah macam budak2 dah sebab kemana sahaja dia pergi, mesti akan bawak tuala dalam hand-bag dia.

Nak dijadikan cerita, Allah nak tunjukkan jalan, suatu hari datang la seorang hamba Allah ni promote pad herba pantiliner kat dia. Kena pulak masa tu, jurus bersih tahap gaban datang mencurah2. Hamba Allah ni bagi la cuba satu keping pantiliner suruh dia cium(bukan pantiliner yang dah pakai tau, korang jangan salah faham yer). Kakak ni pun tanpa berfikir panjang cium la pantiliner tuh.  lepas 5 minit berada di hidung dia, terus keluar ayat nih dari mulut dia “Eh, akak sekarang dah tak bersin-bersin lagi la”. Apa benda yang ko bagi akak cium nih. Hamba Allah ni pun terus jer jawab “saya bagi akak cium pantiliner”. Terus akak tuh bangun dan cekak pinggang. Dia sangkakan benda yang dia cium tu koyok. Hamba Allah ni tadi dah risau semacam takut diterajang di akak tu, free2 jer makan kasut saiz lapan kat muka, hehehehehe. Sangkaan Hamba Allah ni meleset. Sambil akak tu cekak pinggang, terus dia cakap pada hamba Allah nih lagi, “Eh, ko dapat mana benda nih, aku nak beli lagi la. Aku nak cium lagi. Rasa ringan kepala aku”. Dia cium pantiliner tu walau kemana sahaja dia pergi. dah tak pakai tuala kecil dah nak lap hingus. Hingus pun dah takder. Kengkawan sekeliling pun pelik sebab pantiliner dicium kat hidung bukak dipakai di mahkota wanita. hehehehe. Ayat 18SG nih.

Jadi kesimpulannya, kalau ada selepas ni yang dah pernah beli pad herba wanita, anda pelbagaikan kegunaan pad herba nih. Bukan setakat dipakai oleh kaum wanita, tapi orang lelaki pun boleh pakai. Kalau anak lelaki kena angin pasang, lapikkan pada kemaluan anak. Kalau anak masih lagi pakai Pampers, tampalkan pada bahagian dalam pampers. Kalau orang lelaki yang ada penyait buasir, pakai la pantiliner. Kalau tak tau cara nak pakai, minta tolong wife ajar cara nak pakai. Jangan malu2 sebab kalau badan dah berpenyakit, tak payah malu. Pakai jer pad herba.

*Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati….sekali dah terkena, baru anda akan ingat artikel yang anda baca sekarang nih. Diwaktu itu, baru anda akan merasa menyesal sebab tiada tindakan awal pencegahan…

Renung-renungkan dan selamat beramal………………….

 

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba. Bookmark the permalink.

3 Responses to Cium Pantiliner terus terpikat…..huhuhuhuh

  1. amin says:

    Awak biasa buat cite kartun ke

  2. Rina says:

    Ni blog Farah ke en. Sobri..hehe..manjang Sobri je reply..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s