Ramai Lelaki yang masih lagi tak tau


Salam sejahtera…..

Dah lama rasanya saya tak update blog nih. Dah nak bersawang dah. Kena la kemas dulu blog nih dan kasi cantik skit mana yang patut. Alhamdulillah, selama sebulan blog ni beroperasi, menyampaikan segala informasi berguna kepada rakan-rakan di luar sana, dah hampir 800 pengunjung yang datang ke blog nih. Harapnya selepas nih, akan meningkat lagi aliran traffic ke blog nih.

Post saya kali ni ada nak berkongsi cerita tentang pengalaman saya ketika bercerita pasal tuala wanita herba ni kepada seorang kenalan lelaki di tempat kerja. Biasa la, sebelum bercerita, pekena dulu teh tarik segelas. Dah sampai separuh, baru la mula mukaddimah. Bila saya bukak cerita pasal tuala wanita, tersembur air keluar dari mulut dia. Saya memang tahu yang dia menghadapi masalah sakit BUASIR. Kalau cakap pasar, BUASIR keturunan la. Dia pernah cerita bila datang sakit dia, memang tak boleh duduk diam. Nak bawak kereta pun tak boleh. Sampai satu tahap, terpaksa ambil ubat tahan sakit di klinik untuk kurangkan rasa sakit. Jadi, disebabkan atas dasar nak tolong kawan, saya cuba cerita tentang tuala wanita herba ni pada dia. First time dia dengar, dia jadi terkejut. Tu yang sampai tersembur air minum tuh. Nasib baik tak kena muka saya. Belum sempat saya cerita habis, terus dia keluar ayat nih “Ko nak suruh aku pakai ker tuala wanita nih, geli la aku. Macam kelako jer pakai pompuan punyer barang.” Memang betul, memang tak nafikan yang orang lelaki memang segan nak pakai tuala wanita. Memang takde dalam sejarah dunia mengatakan tuala wanita tu untuk lelaki. Kalau tuala wanita tu untuk lelaki, bukan tuala wnaita la nama dia. Mesti kita panggil tuala lelaki.

Mungkin ganjil bila dengar lelaki pakai pantiliner kan. Lelaki boleh pakai tuala wanita sebenarnya, kalau ada masalah penyakit. Macam kawan saya nih, memang patut pakai sebab ada buasir. Jadi fungsi dia memakai tuala wanita herba ni adalah untuk membantu mengecutkan semula buasir tersebut. Jika dipakai secara berterusan, Insyaallah akan hilang buasir tuh.

Sebenarnya, ramai kalangan suami yang tak tau lagi pasal kebolehan tuala wanita herba ini menyembuhkan penyakit. Cara paling senang adalah, telan ubat Phonstan atau mintak ubat tahan sakit kat klinik. Memang betul, makanan kena jaga bila dah dau diri tu ada sakit buasir. Tapi kalau dah ada pada badan sendiri, apa cara dan alternatif untuk sembuh balik. Jalan untuk penyembuhan dah ditunjukkan. Tinggal nak pakai jer lagi.

Kalau kalangan suami yang tak tau cara nak pakai tuala wanita, tanya pada yang pakar iaitu isteri atau anak pompuan anda.

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s