Betapa rendahnya pandangan kaum wanita terhadap mahkota mereka sendiri


Selama saya melakukan jualan tuala wanita herba ini kepada orang ramai, sambil itu saya mengkaji dan meneliti pandangan orang ramai terhadap pentingnya kaum wanita menjaga dan memelihara mahkota yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Kebanyakan kaum wanita masih lagi tidak menyedari betapa pentingnya mereka perlu menjaga rapi anugerah Allah kepada bakal suami tercinta.

Memang tak dapat dinafikan bahawa memakai tuala wanita yang sedia ada di pasaran tidak ada bezanya, tetapi bahaya yang tidak kita sedari adalah apabila umur telah mencecah 40’an. Jika difikirkan dari segi logik, semenjak umur 12 tahun, seorang perempuan itu telah didatangi haid dan semenjak itulah mereka memakai tuala wanita berkualiti rendah yang mana mengandungi bahan kimia yang merbahaya, potensi untuk mereka didatangi kanser adalah tinggi. Bermula dari umur 12 tahun sehingga mencecah umur 44 tahun (tempoh seorang wanita mencapai tahap MENOPOUS) dan sepanjang waktu ini, seseorang wanita memakai tuala wanita berkualiti rendah, bermakna potensi mereka terkena penyakit kronik amat tinggi. BARAH PAYU DARA, FIBROID, SIST OVARI, BARAH RAHIM adalah satu bentuk penyakit yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Penyakit-penyakit ini menyerang organ penting kaum wanita seperti payu dara dan rahim yang mana kedua-dua organ ini adalah nyawa kedua bagi semua wanita. Tetapi kesedaran sebegini jarang ada di dalam diri wanita zaman moden ini kerana mereka sibuk dengan kerja dan kerjaya masing-masing.

Zaman ibu dan nenek moyang kita dulu, penjagaan kesihatan mereka dijaga amat rapi seolah-olah menjaga sebutir intan permata. Zaman dahulu, tidak ada tuala wanita seperti yang ada sekarang. Mereka menggunakan perca kain, tuala kecil dan kain batik sebagai alat untuk menyerap darah kotor. Jadi memang patut kalau orang zaman dulu boleh hidup lama sehingga mencecah umur 100 tahun cara mereka menjaga kesihatan diri amat rapi. Kalau dalam pantang selepas melahirkan anak, berpantang 40 hari tu amat dimabil berat waktu zaman dulu. Banyak makanan terpaksa dikawal penambilannya kerana takut akan menjejaskan kesihatan diri seperti bentan, sakit meroyan dan sebagainya.

Zaman sekaran ni, kita mengambil ringan perkara-perkara seperti ini. Antara sebab utamanya adalah tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya dan tugas masing-masing. Pengetahuan yang cetek tentang ilmu-ilmu penjagaan kesihatan juga merupakan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada isu ini. Jadi, kaum wanita mengambil jalan mudah dengan menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah yang diketahui mengandungi dioksin yang merbahaya kepada manusia. Dioksin ini adalah pembunuh dalam diam. Sedikit demi sedikit ia akan menyerang organ-organ penting wanita secara senyap. Tambahan pula tuala wanita ini dipakai pada permukaan mahkota wanita itu sendiri. Dioksin ini akan meresap masuk ke dalam salur peranakan wanita sedikit demi sedikit dan menyerang sistem peranakan wanita. Sekiranya pemakaian tuala wanita berkualiti rendah ini berulang misalnya pemakaian pantiliner setiap hari, bermakna setiap hari, kuantiti dioksin yang diserap oleh kulit pada permukaan kemaluan wanita bertambah. Jadi tidak hairanlah kalau di dalam akhbar hari ini, ada berita tentang remaja berumur 21 tahun buat pembedahan buang keseluruhan rahim disebabkan ada kanser atau sist ovari.

Tuala wanita berkualiti tinggi adalah dari jenis 100 kapas yang mana buat masa sekarang hanya terdapt di hospital-hospital tertentu sahaja. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Sekiranya kamu atau isteri kamu atau anak perempuan kamu didatangi Haid, carilah kapas kerana ialah pengubatnya”.

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s