Berniaga tuala wanita macam berniaga nasi lemak


Hari Sabtu minggu lepas, husband saya dengan Wan Hasif (Bisnes Partner) ada buat promosi di Pasar Tani Serdang, dalam kawasan MAEPS. Tempat tu memang menarik sebab lapang, atas parking lot dan berdekatan dengan UPM. Orang ramai pun memang dah tau tempat tu. Jadi, tanpa membuang masa, husband saya terus deal dan booking satu tapak promosi dengan urusetia pasar tani berkenaan hari Jumaat sebelumnya. Malam Sabtu tu, sibuk mencari barang keperluan seperti meja, kerusi, banting, brosher, sampel, produk tuala wanita, senarai harga dan macam-macam lagi la. Bak kata orang, baru nak mula belajar berniaga la katakan. Jadi kena buat persiapan dulu la. Lewat juga tidur malam tu. Dalam pukul 1 pagi baru tidur.

Tepat pukul 7 pagi, husband saya pun kuar dari rumah. Tumpangkan sekali Wan Hasif. Dia pun sama juga bawak barang2 dia sendiri untuk jualan hari tu. Terharu rasanya pada Hasif sebab sanggup tukar shif dengan kawan dia semata-mata nak menyertai kempen promosi di pasar tani. Kalau ikutkan dia kerja pagi tapi disebabkan nak belajar buat jualan, berkorban untuk mendapatkan rezeki sampingan.

Sampai jer di tapak pasar tani, terus setup gerai. Pasang banting, layout produk atas meja, yang penting bisnes kad kena letak juga kat atas meja sebab itu merupakan kuci kepada ulangan jualan. Dalam pukul 9, gerai dah mula sesak dengan kehadiran orang yang nak membeli barang keperluan harian. Nasib baik gerai berada di tengah-tengah laluan orang ramai. Brosher diberikan kepada pelanggan yang lalu lalang. Kalau ada yang bertanya pasal produk, husband saya berikan sampel pantiliner untuk dicubapakai. Melihat gelagat dan telatah orang pun seronok juga waktu nih. Ada yang angkat tangan tanda taknak, ada yang tersenyum (mungkin husband saya handsome kot), ada yang tanya macam nak beli, tapi last2 pergi begitu saja, ada yang tengok sahaja dari jauh dan bermacam-macam lagi gelagat yang lain. Biasalah, bila melibatkan urusan jual beli, perkara-perkara sebegini adalah merupakan lumrah. Cuma perlu sabar dengan kerenah pelanggan yang datang.

Sambutan waktu promosi ni boleh dikatakan menggalakkan. Bila dikaji semula, pasaran di kawasan sekitar Putrajaya masih lagi besar sebab ramai yang tak tau pasal tuala wanita dari Syarikat Availbeauty ni. Orang ramai tak percaya yang harga yang saya tawarkan adalah murah, cuma berharga RM10 bagi Pantiliner. Mana yang pernah pakai, terus jer keluar duit RM10. Hasif tersenyum lebar sebab produk dia berjaya terjual pagi tuh. Tahniah Hasif aku ucapkan.

Hari tu juga husband saya turut sama bertuah kerana mendapat seorang prospek yang berminat untuk menjadi pembekal tuala wanita ni, student UPM, duduk di Kolej 16. Bermacam-macam pertanyaan yang dilontarkan semasa di gerai. Dia pun pernah cuba produk ni tapi supplier terdahulu dah berpindah. Jadi susah nak dapatkan bekalan. Terpaksa mencari di merata-rata tempat. Masa di gerai promosi, husband saya sempat ambil nombor telefon untuk buat temujanji di masa akan datang.

Untuk makluman semua, hari Sabtu lepas adalah hari pertama dan terakhir kami melakukan promosi sebab makluman dari urusetia FAMA, produk jualan langsung selepas ini tidak dibenarkan untuk menjalankan promosi dimana-mana pasar tani anjuran FAMA. Nasib kami baik sebab urusetia hari tu benarkan juga kami buka gerai promosi di situ. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada urusetia pasar tani berkenaan.

Di bawah ni adalah gambar kenangan my husbang dan rakan (Hasif) sewaktu di gerai promosi:

Promosi Pasar tani jual tuala wanita

P1020_07-08-10

About Farahidayu

Nama diberi Nurul Farahidayu binti Sa'adun, berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang menetap di Putrajaya selama 4 tahun. Bekerja makan gaji disebuah agensi kerajaan selama 8 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel dan ada waktu ketikanya menyerlahkan kenakalannya. Anak yang sulung diberi nama Muhammad Aniq Haikal manakala yang kedua diberi nama Atikah Qaisara.
This entry was posted in Cerita Pad Herba. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s